Malaysia bincang potensi jagung bijian dengan Brazil

Iklan
Mohamad (kanan) meraikan Ary Norton De Murat Quintella yang membuat kunjungan di MAFS, Putrajaya pada Selasa.

SHAH ALAM - Jagung bijian atau Grain Corn merupakan topik utama perbincangan antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu dan Duta Besar Brazil di Malaysia, Ary Norton De Murat Quintella di Putrajaya pada Selasa.

Ia merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin itu di mana Brazil adalah rakan dagang Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan pertaniannya.

Iklan
Iklan

MAFS dalam satu kenyataan memaklumkan, bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022, nilai import produk pertanian dan makanan dari Brazil adalah sebanyak RM4.32 bilion.

"Malaysia turut mengimport daging dari Brazil, selain daripada produk bijirin dan makanan ternakan. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan dan kerjasama yang baik dari Brazil dalam meningkatkan keupayaan sumber makanan negara.

Iklan

"Ia termasuklah kerjasama melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam teknologi pertanian, terutamanya dalam meningkatkan pengeluaran bijirin jagung, industri tanaman yang berpotensi, industri kelapa dan teknologi akuakultur,” menurut kenyataan itu.

MAFS memaklumkan, kedua-dua negara juga turut bersedia untuk memberikan komitmen untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian, selaras dengan matlamat untuk menjamin sumber makanan yang mapan dan berterusan.

Iklan