BANGKOK - Anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum 2024.
Paetongtarn, 36, atau Ung Ing turut mengesahkan beliau akan menjadi calon mewakili Parti Pheu Thai dan mahu memastikan parti pembangkang utama itu menang besar pada pemilihan tersebut yang dijangka berlangsung sengit.