Ramuan jinak Chile

Iklan
Tonggak pertahanan Malaysia, Faiz Helmi Jali diasak dua pemain Chile dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela pada Isnin.

KEMAHUAN dan disiplin tinggi menjadi ramuan kejayaan Malaysia bangkit mengatasi Chile 3-2 dalam aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela, India pada Isnin.

Malah, pengendali skuad Malaysian Tigers, Arul Selvaraj tanpa berselindung mengakui dua faktor itu menjadi pencetus kepada persembahan cemerlang anak-anak buahnya.

Iklan
Iklan

"Saya puji barisan pemain Malaysian Tigers walaupun ketinggalan dua kali, 0-1 diikuti 1-2, mereka tetap memiliki kemahuan dan disiplin tinggi untuk memburu kemenangan.

"Kemenangan ke atas Chile ini juga penting apabila menyalakan semula impian pasukan ke peringkat seterusnya selepas tewas kepada Belanda sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Iklan

Dalam aksi tersebut, skuad Malaysian Tigers terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum berjaya meraih kemenangan untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Para pemain negara meraikan jaringan ketika berdepan Chile dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela pada Isnin.

Penyerang lincah Malaysia, Norsyafiq Sumantri muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-42 selepas gol ketiga Chile dibatalkan pengadil ketika perlawanan hanya berbaki tujuh minit.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menduduki tempat ketiga, berkongsi tiga mata dengan New Zealand, manakala Belanda kekal memimpin Kumpulan C dengan enam mata dan Chile di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Sementara itu, Arul mengakui masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperkemas dan diperbaikinya menjelang aksi terakhir kumpulan berdepan New Zealand pada Khamis.

"Perkara yang perlu diperbaiki adalah semasa bertahan satu lawan satu dan finishing untuk mendapatkan gol padang, paling ketara adalah pukulan sudut penalti.

"Fizikal pemain-pemain negara pula memang nampak memuaskan. Contohnya, ketika berdepan Belanda, setiap pemain push sehabis baik pada suku empat bagi menyaingi pasukan lawan,” ujarnya.