Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Iklan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing bersama rakannya di Jambatan Mempatih dekat Lanchang pada Selasa. Foto: Ihsan JBPM

TEMERLOH - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing bersama rakan di Jambatan Mempatih dekat Lanchang di sini pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zulfadli Zakaria memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam itu mangsa, Muhammad Ikram, 23, dipercayai terjatuh dari tebing ketika memancing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 10.56 malam mengenai kejadian tersebut.

"Tujuh anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan

"Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki dewasa berumur 23 tahun telah terjatuh dari tebing ketika memancing bersama rakannya.

"Saksi memaklumkan terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ujar beliau, operasi ditangguhkan jam 1 pagi dan bersambung jam 8 pagi pada Rabu manakala Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.