Klopp lega Liverpool kembali raih kemenangan

Iklan
Reaksi Klopp ketika perlawanan bertemu Wolverhampton pada Rabu. - Foto AFP

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp lega selepas pasukannya kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Molineux pada Rabu.

Klopp melakukan lapan pertukaran kesebelasan utamanya selepas kekalahan memalukan 0-3 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Harvey Elliott adalah antara pemain yang membarisi pasukan utama kali ini dan menjadi wira pasukan menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan pada minit ke-13.

"Rasanya seperti zaman dahulu dan kami mempunyai perasaan untuk menang serta bermain dengan baik.

Iklan

Kemenangan pertama dalam empat perlawanan itu menyaksikan Liverpool akan menempah pertemuan dengan Brighton dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Amex.

Dalam pada itu, Klopp juga kagum dengan cara para pemain bertindak balas terhadap kekalahan dalam saingan EPL hujung minggu lalu.

Iklan

"Daripada semangat yang kami tunjukkan, ya. Adalah menjadi tugas saya untuk membantu para pemain dan mencari formasi yang mana mereka rasa selesa.

"Stefan Bajcetic dan keseluruhan bahagian tengah sangat kompak, jadi sukar untuk Wolves mencari peluang untuk melakukan hantaran," katanya.