GEORGETOWN - Sebuah kedai tomyam di Jalan Perak di sini musnah selepas terbakar dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, Rabu.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, PBK II Fauzian Izzuan Abdullah berkata, dalam kejadian tersebut, kedai makan berkenaan telah musnah 75 peratus.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dari BBP Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.
"Apabila Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai jenis terbuka (Kelas A) berkeluasan 111 meter persegi telah terbakar.
Katanya, anggota bomba bertugas masih menjalankan kerja pemadaman api.
Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat punca kejadian.