Penyokong serang Ramsdale didakwa di mahkamah

Iklan
Insiden yang berlaku di Stadium Tottenham Hotpsur pada Isnin.

SEORANG penyokong telah ditahan kerana didakwa menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale selepas perlawanan derby utara London menentang Tottenham Hotspur pada Isnin lalu, kata Polis Metropolitan.

Joseph Watts, 35, telah dituduh melakukan serangan dengan memukul dan masuk ke kawasan padang di Stadium Tottenham Hotspur dalam kemenangan 2-0 pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Iklan
Iklan

Watts, dari Hackney utara London, didakwa semalam dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Highbury pada 17 Februari.

Susulan insiden tersebut, Persatuan Bola Sepak England mengutuk sekeras-kerasnya insiden itu manakala Tottenham menegaskan keganasan dalam apa jua bentuk tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.

Iklan
Iklan

Kemenangan Arsenal menyaksikan mereka mempunyai kelebihan lapan mata di puncak liga mengatasi Manhester City.