KUALA LUMPUR - Pemilik kapal serta ahli keluarga anak kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak 9 Januari lepas akan dipanggil bagi membantu siasatan, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
"Antara yang akan ditanya ialah mengenai keadaan keselamatan kapal itu sebelum belayar dan kebajikan anak kapal termasuk sebab laporan mengenai kehilangan kapal berkenaan hanya dilaporkan pada 9 Januari sedangkan ia sepatutnya tiba di Kuching, Sarawak pada 31 Disember lepas,” katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.