'Tiada perbincangan usul dua jawatan tertinggi dipertandingkan'

Iklan
Laporan SInar Harian Sabtu lalu. Gambar kecil: Nur Jazlan

JOHOR BAHRU - UMNO Johor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan berhubung jawatan tertinggi dalam parti wajar dipertandingkan sebagaimana usul dibawa perwakilan negeri ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berakhir Sabtu lalu.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sewajarnya usul tersebut dibincangkan terlebih dahulu bagi menunjukkan sikap demokrasi.

Iklan
Iklan

'Setahu saya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Johor, kami tak pernah pun dipanggil mesyuarat oleh Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad untuk berbincang mengenai ketetapan UMNO negeri mengenai isu berkenaan.

"Kenapa keputusan dibuat tanpa berbincang atau maklumkan kepada pucuk pimpinan UMNO Johor yang lain. Adakah tindakan itu juga boleh dianggap sebagai demokrasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Nur Jazlan turut mempersoalkan tindakan Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mengambil sikap membisu sebelum ini namun tiba-tiba berani bersuara kebelakangan ini.

"Selama ini dia (Hasni) hanya ambil sikap kunci mulut dan tak keluarkan kenyataan apa-apa berhubung pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu, namun selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru berani bersuara.

Iklan

"Tahu-tahu saja, wakil UMNO Johor, Datuk Pandak Ahmad ketika berucap semasa sesi perbahasan ucapan dasar Presiden dengan tegas mengatakan UMNO Johor mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan," katanya.

Ketua Bahagian UMNO Pulai turut mempertikai alasan kononnya jika jawatan Presiden dan Timbalan tak dipertandingkan, ia akan memberikan persepsi negatif kepada orang luar.

"Saya nak tanya, pada 2018 dulu kesemua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan termasuk kerusi Presiden tapi kenapa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, UMNO kalah teruk juga.

"Sedangkan selepas PRU14, UMNO sudah mengamalkan demokrasi dalam parti. Kenapa rakyat tak sokong juga UMNO.

"Kalau kita lihat parti-parti lain pun macam Pas dan Bersatu, jawatan Presiden mereka pun tak dipertandingkan, adakah rakyat peduli," katanya.

Sabtu lalu, perwakilan UMNO Johor dilaporkan melahirkan rasa pelik apabila usul tambahan mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan yang dibawa oleh perwakilan Negeri Sembilan boleh diterima dan dibahaskan.

Jurucakap UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad dilaporkan berkata mungkin parti itu kini telah menjadi 'pasti asal boleh'.

Usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang seterusnya diluluskan pada PAU 2022.

Ahad lalu pula, Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor dilaporkan menegaskan, adalah tidak wajar untuk menghalang mana-mana ahli parti itu untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, walaupun ketetapan sudah dicapai dalam PAU 2022.

Hasni dilaporkan berkata, ia berikutan kaedah usul tambahan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan ketika PAU 2022, adalah melanggar perlembagaan parti.