Video tular dakwa rempah miliki bahan khinzir dikecam

Iklan
Tangkap layar video tular di TikTok yang berkongsikan maklumat tidak tepat berkenaan sebuah produk rempah yang dipasarkan di dalam negara. (Gambar kanan: Tangkap layar ciapan di Twitter yang mengecam video tular tersebut.)

SHAH ALAM - Satu video tular di TikTok mendapat kecaman selepas ia berkongsikan maklumat tidak tepat berkenaan kandungan bahan terdapat dalam produk rempah keluaran sebuah syarikat yang dipasarkan di dalam negara.

Video tersebut mendakwa maklumat dipaparkan pada produk terbabit menunjukkan rempah itu memiliki bahan terdiri daripada khinzir.

Iklan
Iklan

Begitupun, seorang pengguna Twitter dengan nama @KlutzyKucing berkata, maklumat dibaca oleh pemilik video itu bukanlah bahan terdapat dalam produk itu sebaliknya cadangan kegunaan masakan bagi rempah terbabit.

"Belajar bahasa Inggeris itu penting. Kesian dan bahaya bila yang tonton video pun sama-sama tak reti Bahasa Inggeris.

Iklan

"Cik Kak, itu bukan ingredients atau bahan. Itu cadangan kegunaan untuk masakan apa,” katanya menerusi ciapan pada Rabu yang turut berkongsikan video tular itu.

@KlutzyKucing turut berkata, syarikat pemilik produk rempah itu seharusnya menyaman pemilik kandungan tersebut kerana menyebarkan maklumat salah.

Iklan