Judi online kembali aktif di restoran

Iklan
Ismadi (tengah) menunjukkan barang rampasan di IPD Serdang, hari ini.

SERDANG - Sindiket perjudian online semakin berani dan licik apabila dikesan kembali aktif dengan menjadikan restoran sebagai tempat operasi bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, itu antara modus operandi dibongkar susulan tertangkapnya 310 penjaga premis dan kaki judi dalam serbuan sejak Januari hingga kelmarin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelanggan hanya terdiri daripada kalangan pelanggan tetap dan sindiket akan menyediakan tablet atau telefon bimbit untuk digunakan pelanggan.

"Dalam operasi yang dijalankan, pihak kami merampas 880 barang melibatkan komputer riba, set komputer, telefon bimbit, tablet serta wang tunai RM20,942 dengan nilai keseluruhan mencecah RM70,000.

Iklan
Komputer riba yang dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

"Kesemua suspek ditahan disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2014 dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan sekurang-kurangnya tiga hingga tujuh sindiket yang masih aktif menjalankan kegiatan itu di sekitar daerah Serdang.

Iklan