Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Iklan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM45,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, antara September 2016 dan Januari 2017.

Zulfikar Khomeini Asli, 44, yang bertugas sebagai Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, dia didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada pengurus sebuah syarikat kilang sawit yang dimasukkan ke dalam akaunnya di Maybank, Jalan Haji A. H. Tengah, Sipitang pada 20 September 2016.

Bagi pertuduhan enam hingga 16 pula, dia didakwa telah diberikan suapan berjumlah RM25,000 daripada pengurus kilang yang sama dan dimasukkan dalam bank yang sama, antara 2 hingga 7 Januari 2017.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee, manakala Zulfikar diwakili peguam Syed Anwar Shariff Abdullah dan Wilson Chang.

Iklan

Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan semula kes. - Bernama