Teliti keperluan tambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak

Iklan
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Kerajaan meneliti keperluan menambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak susulan peningkatan jumlah kes, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu, beliau berkata, perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat tersebut.

Iklan
Iklan

Anwar berkata, proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Negeri masing-masing.

"(Kalau) ikut dalam peraturan fasal Perlembagaan (pelantikan) kena rujuk Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau.

Iklan

Perdana Menteri berkata, mesyuarat turut bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif. - Bernama

Iklan