'Adik sepatutnya sambung pengajian bulan depan'

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula sejak jam 9 pagi pada Rabu.

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] "Adik baru saja pulang ke kampung seminggu lalu dan sepatutnya menyambung pengajian pada bulan depan," kata Siti Hairiah Abdul Jalal, 26, kakak kepada Muhammad Ikram Abdul Jalal, 23, yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Semantan dekat Jambatan Mempatih, Lanchang di sini pada Selasa.

Menurutnya, Muhammad Ikram yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik bakal menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Automatif (Penyelenggaraan) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh pada 7 Februari depan.

Iklan
Iklan

Ujar Siti, sebelum ini adiknya tinggal bersama sementara waktu di Semenyih sebelum pulang ke Kampung Baru Lanchang, di sini untuk berniaga jagung segar bagi mencari pendapatan tambahan sebelum kembali menyambung pengajian di peringkat diploma.

"Dipercayai adik keluar sejak petang lagi dan saya hanya mendapat tahu mengenai kejadian ini kira-kira jam 10 malam tadi.

Iklan

"Adik seorang yang sangat ringan tulang dan ceria, sebelum ini tiada tunjukkan sebarang perubahan sikap.

"Ikutkan adik baru saja berjinak dalam hobi memancing ini dan dia juga pandai berenang," kata Siti yang ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula sejak jam 9 pagi pada Rabu.

Iklan

Tambah anak kelima itu lagi, walaupun sedih namun dia reda dengan kejadian yang menimpa mangsa yang juga anak kesayangan keluarganya dan berharap ditemui segera.

Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu, kelihatan dua anggota Unit Anjing Pengesan (K9) dan dua ekor anjing terlibat bersama tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab selain dibantu anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela serta orang awam.

Sebelum ini, Muhammad Ikram dipercayai terjatuh dari tebing ketika sedang memancing bersama sepupunya dan sehingga jam 3.30 petang, mangsa belum ditemui.