Pengarah bahagian kementerian antara direman terima rasuah

Iklan
Tiga individu termasuk seorang pengarah bahagian sebuah kementerian bergelar Datuk kerana disyaki menerima wang rasuah secara bulanan dengan jumlah besar. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pengarah bahagian sebuah kementerian bergelar Datuk kerana disyaki menerima wang rasuah secara bulanan dengan jumlah besar.

Menurut sumber SPRM, pengarah bahagian bersama seorang perunding projek dan seorang pengarah syarikat binaan yang kesemuanya dalam lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Putrajaya dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara jam 11 pagi hingga 9 malam Selasa.

Iklan
Iklan

Sumber itu berkata, pengarah bahagian itu juga dipercayai menerima suapan wang secara bulanan selain mendapat sogokan seperti barang-barangan mewah untuk kegunaan peribadi.

Difahamkan, pengarah bahagian kementerian itu kini direman tujuh hari, manakala dua lagi direman selama tiga hari, bermula Rabu.

Iklan

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Iklan