Pelajar UPM hilang selepas pergi solat Jumaat

Iklan
Mohd Irfan Hakimi

SERDANG - Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal.

Pelajar dikenali Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, dikesan hilang selepas dihubungi bapanya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, ayah pelajar berkenaan menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar tentang kehidupan seharian di UPM pada 9 pagi Jumaat, namun tiada sebarang jawapan.

Menurutnya, ekoran itu lelaki berkenaan menghubungi adiknya yang tinggal berhampiran UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai anaknya itu.

Iklan

"Ketika adik pengadu berada di UPM, rakan sebilik Mohd Irfan Hakimi memaklumkan kali terakhir Mohd Irfan Hakimi dilihat adalah semasa dia pergi solat Jumaat dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC135," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sehingga kini, Mohd Irfan Hakimi masih belum pulang ke rumah atau balik ke bilik penginapan di UPM serta masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga.

Iklan

"Hasil siasatan, kita mendapati Mohd Irfan Hakimi merupakan pelajar semester pertama di Kolej Cancelor UPM dalam jurusan Pengajian Pengguna sejak September lalu," katanya.

Anbalagan berkata, bapa pelajar berkenaan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar, Sabak Bernam pada 4 petang Isnin.

"Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 bagi membantu siasatan," katanya.