JAKARTA - Teka-teki kehilangan seekor ikan peliharaan dalam akuarium seorang lelaki di Sumatera Utara terjawab apabila ikan arowana miliknya digoreng anak-anaknya sendiri.
Ikan dari spesies 'super red short' dianggarkan bernilai 15 juta rupiah (RM4,286) milik Nizam Naaban disyaki 'melompat' keluar selepas dia mendapati ikan diletakkan dalam akuarium di rumahnya telah kosong.