SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan pembukaan semula Taman Eko Rimba dan aktiviti pendakian di negeri ini bermula 1 Februari depan.
JPNS berkata, pembukaan semula itu meliputi enam Taman Eko Rimba dan jalur pendakian di tiga kawasan iaitu daerah Hutan Hulu Selangor, Hutan Selangor Tengah dan Hutan Pantai Klang.