Bertahun-tahun derita kanser kulit

Iklan
Nor Shakila menunjukkan ketulan yang berada di leher suaminya, Juhari di Kampung Baru Batu Besar, Sik.

BALING - Kehidupan seorang bekas pemandu lori yang menjadi ketua keluarga berubah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser kulit.

Juhari Said, 49, tidak menyangka ketulan yang timbul di lehernya selain sering mengalami pendarahan hidung serta sesak nafas sebelum ini menjadi petanda awal kepada penyakit tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tidak tahan dengan rasa sakit yang menyerangnya, dia telah ke Hospital Sungai Petani di Sungai Petani untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum dirujuk doktor pakar di Hospital Selayang, Selangor.

"Dia naik macam bisul seketul dan keluar darah keliling kuping semasa membuat kimoterapi. Saya pernah dimasukkan darah dua pain di Hospital Selayang sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Petani.

Iklan

"Selepas itu ketulan ini jadi seperti hari ini. Saya fikir kalau perlu kimoterapi lagi saya rasa tidak larat dah," katanya semasa menerima kunjungan aktivis masyarakat, Natipah Abu yang hadir memberikan sumbangan.

Juhari dan isteri, Nor Shakila Zainun, 40, bersama tiga anaknya kini tinggal di rumah bapa mentuanya di Kampung Baru Batu Besar, dekat sini.

Iklan
Natipah meriba Muhammad Aiman sambil diperhatikan oleh Nor Shakila (kanan) dan Juhari.

Sementara itu, Nor Shakila berkata, mereka kini sepenuhnya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan.

Ujarnya, dia juga tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak bongsu, Muhammad Aiman Saifuddin, 6, yang juga Sindrom Down dan mempunyai masalah jantung berlubang.

"Rasa sedih tu memang ada sebab sebelum ini suami keluar bekerja untuk menyara kami tapi sekarang kami mengharapkan bantuan mak ayah dan adik-beradik lain," katanya lagi.

Natipah pula berkata, kos rawatan susulan Juhari dilihat agak tinggi dan memerlukan ihsan orang ramai untuk membantunya.

Mana-mana pihak yang mahu membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Nor Shakila Zainun (1013029000203710) atau menghubunginya di nombor 019-9828746.