Dr Mahathir ke China minggu depan

Iklan
Bai Tian (tengah) ketika persidangan meja bulat bersama akhbar tempatan, di Kedutaan China di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan ke China minggu depan, bagi menyertai forum Belt and Road Initiative (BRI) yang berlangsung di Beijing.

Duta China ke Malaysia Bai Tian berkata, jadual ketat menunggu ketibaan Dr Mahathir sepanjang tiga hari ke forum itu yang bermula Khamis ini.

Iklan
Iklan

"Dr Mahathir tentu akan menyertai pelbagai program di forum berkenaan, selain mesyuarat peringkat tinggi antara kerajaan Malaysia-China.

"Dalam forum berkenaan Dr Mahathir juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping, dan Perdana Menteri China, Li Keqiang, selain akan mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan di sana," katanya pada persidangan meja bulat bersama akhbar tempatan, di Kedutaan China di sini hari ini.

Iklan

Katanya, forum yang dihoskan oleh Xi Jinping itu melibatkan penyertaan 40 buah negara.

"Seramai 350 pegawai dari negara BRI dijangka akan hadir, forum ini merupakan acara terbesar tahun ini di China," katanya.

Iklan

Sepanjang pertama kali menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003, Dr Mahathir melawat China sebanyak tujuh kali, dan sembilan kali lagi selepas beliau bersara.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yakin kunjungan Dr Mahathir ke China akan mendapat maklum balas positif daripada kerajaan dan para pelabur negara itu.

Katanya, ini susulan kejayaan rundingan semula projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bersama kerajaan China yang diketuai bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin pada 12 April lalu dan sambutan ulang tahun hubungan Kuala Lumpur-Beijing yang ke-45 tahun ini.

Beliau yang dijangka mengiringi Perdana Menteri dalam kunjungan itu berkata ia adalah lawatan kedua Dr Mahathir ke China selepas lawatan pertama yang diadakan November tahun lalu.

Dalam rundingan 12 April lalu, projek ECRL yang digantung sebelum ini akan disambung semula pembinaannya meliputi jajaran baharu dengan jarak landasan dikurangkan 40 kilometer (km) selain pengurangan kos daripada RM98 juta kepada RM68 juta bagi setiap kilometer.