SACRAMENTO LOS ANGELES - Seorang ibu muda dan bayinya berusia 10 bulan mati ditembak di kepala dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai yang menyaksikan enam beranak maut di negeri California, Amerika Syarikat (AS).
Lapor The Sacramento Bee memetik kenyataan polis tempatan menyebut bahawa kesemua mangsa ditembak dari jarak dekat dan jenayah tersebut dipercayai dirancang lebih awal.
Pembunuhan itu berlaku di sebuah rumah di bandar Goshen dan polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4 pagi (waktu tempatan).
"Ia amat tragis dan mengejutkan negara," kata Sheriff Tulare County, Mike Boudreaux.
Tambah Bourdreaux, kebanyakan mangsa mempunyai kesan tembakan di kepala dengan mangsa paling tua, seorang nenek berusia 72 tahun.
"Semua mangsa mungkin sedang nyenyak tidur ketika pembunuhan itu berlaku.
"Si ibu muda berusia 16 tahun itu pula dipercayai sedang mendukung bayinya sebelum ditembak," ujar Bourdeux.
Katanya lagi, siasatan awal mendapati pembunuhan itu menyemai corak pembunuhan geng kartel namun pihaknya masih menjalankan penyiasatan terperinci bagi menentukan sama ada insiden tersebut ada kaitan dengan keganasan antara geng atau dadah.
Penyiasat percaya pembunuhan itu dilakukan oleh dua penyerang dan membuat spekulasi bahawa seorang lagi rakan mereka sedang menunggu di dalam kenderaan sebelum memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.
Pihak berkuasa menawarkan AS$10,000 (RM43,224) bagi sebarang maklumat yang boleh membawa kepada penahanan suspek. - Agensi