Pahang bina ‘Skatepark’ di Kuantan

Iklan
Pihak MBK mengadakan lawatan di Taman Pasir di sini yang akan dijadikan sebagai taman rekreasi bagi aktiviti papan luncur.

KUANTAN - Tapak rekreasi bagi aktiviti sukan papan luncur yang dianggarkan bernilai RM250,000 akan dibina di Taman Pasir pada tahun ini.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Husin berkata, pembinaan tapak rekreasi itu disumbangkan kerajaan Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah syarikat perbankan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Pahang menyalurkan peruntukan RM150,000 manakala masing-masing RM50,000 dibiayai MBK dan sebuah syarikat perbankan.

"Sesi perbincangan telah dimulakan dan projek dijangka bermula dalam tahun ini serta mengambil masa setahun untuk disiapkan,” katanya pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu, Hamdan meninjau tapak rekreasi bagi aktiviti sukan papan luncur di Taman Pasir di sini.

Sementara itu, Pengerusi Skateboard Timur, Muhammad Zulkhairi Mohd Nor menjelaskan taman rekreasi baharu diwujudkan bagi menghidupkan semula lokasi strategik itu sebagai platform sukan kepada lapisan masyarakat.

Iklan

Jelasnya, ia secara tidak langsung dapat mencungkil bakat baru dalam sukan papan seluncur, basikal, kasut roda yang boleh dilakukan di kawasan tersebut.

"Kami warga pemain papan luncur berharap tapak rekreasi itu disiapkan. Terima kasih kepada kerajaan Pahang dan MBK kerana merealisasikan impian peminat sukan ekstrem yang menginginkan Skatepark khas untuk bersukan dan mengasah bakat,” jelasnya.