Pemantauan, penguatkuasaan premis judi diteruskan

Iklan
Ahmad Shukri (tengah) bersama bersama anggota bertugas dan ahli Kelab Lions Alor Setar selepas pemeriksaan kenderaan dan pemberian cenderahati kepada pengguna di Plaza Tol Alor Setar Utara, Alor Setar, pada Khamis.

ALOR SETAR - Polis akan terus melakukan penguatkuasaan dan pemantauan agar semua premis judi di daerah Kota Setar akur dengan keputusan kerajaan negeri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sekiranya ada premis dikesan masih menjalankan kegiatan perjudian itu, maka ini bermakna ia beroperasi secara haram.

Iklan
Iklan

Ahmad Shukri berkata, ia memandangkan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian bermula sejak 1 Januari lepas.

"(Melalui pemantauan) Semua premis-premis yang dahulunya yang beroperasi (tetapi) sekarang ini sudah tutup," katanya.

Iklan

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pemeriksaan kenderaan dan pemberian cenderahati oleh Kelab Lions Alor Setar kepada pengguna di Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini, pada Khamis.

Pada 1 Januari lepas, Sinar Harian melaporkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kedah diarah untuk memantau dan memastikan semua premis perjudian dan loteri di negeri ini mematuhi arahan penutupan sepenuhnya bermula 1 Januari 2023.

Iklan

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua lesen premis tersebut tidak lagi diperbaharui dan tamat tempoh pada 31 Disember 2022.

Menurutnya, perkara berkenaan selaras dengan keputusan yang diputuskan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 14 November 2021.