BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Iklan
BNM

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kejutan dengan memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus selepas empat kali kenaikan sebelum ini.

Pengekalan OPR itu sekali gus menolak jangkaan penganalisis yang meramalkan kenaikan sekurang-kurangnya 25 mata asas.

Iklan
Iklan

BNM dalam satu kenyataan berkata, keputusan pada Khamis membolehkan MPC menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.

Menurutnya, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Iklan

"MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan," katanya.

Tambah BNM, di Malaysia, data terkini menunjukkan bahawa ekonomi terus berkembang pada suku terakhir tahun 2022 disebabkan oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

Iklan

"Hasilnya, pertumbuhan tahun 2022 dijangka melebihi julat unjuran awal, iaitu 6.5 hingga 7.0 peratus. Selepas mencatatkan prestasi yang kukuh pada tahun 2022, pertumbuhan pada tahun 2023 dijangka sederhana berikutan ekonomi global yang lebih perlahan.

Menurutnya, ketibaan pelancong terus bertambah, lantas menggiatkan lagi sektor berkaitan pelancongan di samping pelaksanaan projek berbilang tahun akan menyokong aktiviti pelaburan.

Ujarnya, risiko pertumbuhan ekonomi dalam negeri terus menjadi perlahan berpunca daripada pertumbuhan yang lebih lemah daripada jangkaan di samping aktiviti penghindaran risiko lebih tinggi dalam pasaran kewangan global.

Jelas BNM, ia berikutan dasar monetari semakin ketat secara lebih agresif di ekonomi utama, konflik geopolitik yang semakin meruncing dan gangguan ketara pada rantaian bekalan kembali wujud.