Pearly-Thinaah raih slot suku akhir di India

Iklan
Pearly (kanan) dan Thinaah menewaskan pasangan Taiwan pada pusingan kedua Terbuka India. - Foto FB BAM

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah bangkit daripada kekecewaan dalam saingan Terbuka Malaysia minggu lalu apabila mara ke suku akhir Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.

Pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia menundukkan pasangan Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun pada saingan pusingan kedua dalam aksi di Dewan Tertutup KD Jadhav itu.

Iklan
Iklan

Pada pertembungan itu, Pearly-Thinaah dipaksa bekerja keras sehingga ke set penentuan sebelum melakar kemenangan 21-14, 16-21, 21-6.

Pertemuan tersebut merupakan aksi pertama juara Terbuka Perancis dan pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu berdepan Chia Hsin-Chun Hsun yang menduduki ranking ke-32 dunia.

Iklan

Pasangan negara dijadualkan menentang pemenang perlawanan antara pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di suku akhir nanti.

Dalam kempen Terbuka Malaysia minggu lalu, perjalanan Pearly-Thinaah tersekat di pusingan pertama selepas kalah kepada Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 19-21, 14-21.

Iklan