'Penuhkan stadium, KDA FC telah lakukan perubahan besar'

Iklan
KDA FC berjaya menewaskan Perlis United FC 4-0 di Stadium UUM pada 13 Januari lalu. - Foto KDA FC

PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar meminta penyokong setia Sang Kenari memenuhi kapasiti 25,000 tempat duduk Stadium Darul Aman bagi aksi pramusim 2023 bertemu TRW Kelantan FC pada malam Jumaat.

Menurutnya, perlawanan tersebut adalah detik yang ditunggu-tunggu untuk melihat daripada dekat pasukan kendalian Nafuzi Zain yang baru dibentuk pada musim ini.

Iklan
Iklan

"Sang Kenari telah melakukan perubahan yang besar untuk musim ini. Kami telah cuba buat yang terbaik dan termampu.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan tidak dapat bersama dengan penyokong KDA FC pada hari perlawanan kerana urusannya di peringkat antarabangsa masIh belum selesai.

Iklan

"Saya akan mengikuti perlawanan ini melalui talian. Maaf buat semua penyokong Sang Kenari saya tidak dapat bersama anda esok. Kerja dan tugas saya di luar negara belum selesai lagi," ujarnya lagi.

Tambah beliau, bagi membantu kewangan dan aliran tunai kelab, penyokong KDA FC juga diminta untuk mendaftar mendapatkan pakej semusim.

Iklan

"Kalau yang berada di luar Kedah, belilah untuk keluarga anda tersayang di Kedah. Kita bina kelab kita dengan cara kita sendiri. Setiap sokongan anda amat bermakna dan berimpak tinggi," jelas beliau.

Pada aksi pertama pramusim 2023 pada 13 Januari lalu, Sang Kenari berjaya menjinakkan pasukan jiran, Perlis United FC 4-0 di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM).