PUTRAJAYA - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya memperkenalkan program kelas renang percuma yang dikenali sebagai PutraRenang.
Ahli Parlimen, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, inisiatif khusus kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun itu dilaksanakan di bawah Akademi Anak Putrajaya.
"Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran anak-anak mengenai keselamatan di air serta kemahiran asas berenang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.
Menurutnya, peserta turut diberi pendedahan pelaksanaan aktiviti air dan persekitaran selamat.
"Mempunyai ilmu tentang teknik yang betul untuk berenang juga salah satu aspek keselamatan air," ujar beliau.
Mohd Radzi berkata, pengetahuan asas mengenai keselamatan di air sangat penting memandangkan Putrajaya sememangnya terkenal dengan pelbagai aktiviti sukan air.
"Jika ibu bapa berminat untuk mendaftarkan anak-anak untuk kelas ini, boleh layari laman sesawang ini, https://tinyurl.com/kelasrenangDRJ
Segala maklumat tentang jadual latihan, tempat latihan, masa latihan telah dikongsikan dalam laman sesawang tersebut," katanya.