Dilarang beri ubat PrEP kepada pasangan homoseksual

Iklan
Kupasan berhubung isu pemberian PrEP terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pernah disiarkan oleh Sinar Harian menerusi program Di Sebalik Isu bersama FY yang bertajuk PrEP Buat Komuniti Songsang Lega @ Bencana? pada 16 Disember lalu.

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Negeri Selangor melarang pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV kepada pasangan homoseksual.

Menurutnya, pengambilan atau pemberian ubat itu hanya diharuskan kepada pasangan suami isteri.

Iklan
Iklan

"Iaitu dalam keadaan salah seorang daripada mereka telah dijangkiti HIV sewaktu melakukan hubungan suami isteri.

"Pemberian kepada mereka yang diketahui mengamalkan cara hidup homoseksual adalah dilarang kerana dianggap bersubahat dalam perkara dosa dan kemaksiatan,” katanya menerusi ruangan soal jawab agama di portal Jabatan Mufti Negeri Selangor pada Khamis.

Iklan

Kupasan berhubung isu pemberian PrEP terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pernah disiarkan oleh Sinar Harian menerusi program Di Sebalik Isu bersama FY yang bertajuk PrEP Buat Komuniti Songsang Lega @ Bencana? pada 16 Disember lalu.

Isu itu hangat dibincangkan oleh empat panelis antaranya, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi serta Profesor dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga Universiti Teknologi Mara (UITM), Profesor Dr Anis Safura Ramli.

Iklan

Selain itu, turut hadir Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Gender Dysphoria Flagship Leader, Kuliah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Samsul Draman, manakala Finaz Yunus bertindak sebagai moderator.

Sebelum ini, Ahmad Sanusi dilaporkan berkata, pemberian ubat PrEP secara percuma kepada komuniti LGBT akan menjauhkan mereka daripada larangan Islam khususnya terhadap perbuatan songsang itu.

Jelasnya, inisiatif tersebut dilihat mengikut cara barat dan belum pasti sejauh mana keberkesanannya.

Dalam masa sama, Finaz menerusi hantaran di Instagramnya turut berharap agar lebih banyak Jabatan Mufti Negeri lain tampil bagi memberi panduan kepada rakyat Malaysia berhubung perkara tersebut.

Luahnya, ia merupakan kemenangan awal buat semua pihak yang bangkit bersuara menolak inisiatif yang bakal merosakkan lagi moral anak bangsa.

"Terima kasih @jabatanmuftinegeriselangor atas panduan ini. Rasa berbaloi membuat bacaan dan melalui beberapa dugaan saat mengendalikan topik ini di program 'Di Sebalik Isu bersama FY..'

"Saya amat gembira saat membaca pandangan Mufti Selangor ini. Walaupun saya tahu akan ada penolakan terhadap pandangan ini namun kepada Allah kita berserah segala daya dan usaha,” kongsinya.