Bomba mohon tambah anggota hadapi kecemasan

Iklan
Mohammad Hamdan hadir pada Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2023 di sini, pada Khamis.

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memohon pertambahan sebanyak 3,400 kakitangan sebagai menambah baik khidmat kepada masyarakat.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, pertambahan itu bagi memastikan agensi terbabit mempunyai sumber manusia yang mencukupi dalam menghadapi segala bentuk situasi kecemasan.

Iklan
Iklan

"Pemohonan dilakukan selepas selepas membentangkan semula penstrukturan jabatan kepada pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2023 di sini, pada Khamis.

Mohammad Hamdan berkata, JBPM akan membentangkan penstrukturan semula jawatan tambahan berserta dengan jawatan sedia ada.

Iklan

"Berdasarkan kekuatan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat ini sebenarnya tidak menggunakan nisbah untuk 'firefighter' (anggota bomba) tetapi kita berteraskan 22 faktor dan kriteria bukan sahaja populasi penduduk untuk menyatakan cukup atau tidak cukup.

"Kita turut mengambil langkah strategik dengan melantik anggota Bomba Bantuan dan Bomba Sukarela kerana mereka bukan bertugas sepenuh masa," katanya.

Iklan