KUALA LANGAT - Seorang lelaki berusia 50-an didenda RM200 atau lima hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, kerana gagal membayar kompaun parkir Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
Dia dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.