Beri peluang wanita jadi ADUN Dilantik - UPKO

Iklan
Mohina

SANDAKAN - Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencadangkan golongan wanita diberi peluang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik.

Ketua Wanita UPKO, Mohina Ronnie Sidom berkata, kerajaan perlu mengambil kira peranan wanita secara menyeluruh dalam pembangunan negeri dengan menyediakan kuota kepada wanita dalam jawatan sebagai pembuat keputusan dasar.

Iklan
Iklan

Katanya, meskipun jumlah pembabitan wanita dalam beberapa sektor pekerjaan melebihi sasaran 30 peratus, namun masih kurang diberi peluang menjadi pembuat keputusan dasar.

"Dalam politik misalnya, kita lihat sayap pergerakan wanita begitu aktif. Daripada perkara kecil seperti menyediakan makanan hingga menjadi perayu undi dan peranan lain yang membawa kemenangan kepada parti.

Iklan

Mohina yang juga Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan berkata, perlu lebih ramai wanita menjadi penggubal dasar di negara ini kerana banyak undang-undang atau dasar berkaitan wanita perlu diberi perhatian termasuk kewarganegaraan anak, akta gangguan seksual dan isu berkaitan domestik rumah tangga.

"Dalam pelan pembangunan di negeri kita, kerajaan bukan hanya perlu merangka program atau belanjawan untuk wanita, tetapi perlu melibatkan wanita dalam proses perangkaan belanjawan, perancangan program hingga pelaksanaannya.

Iklan

"Kita mahukan penyertaan menyeluruh wanita demi memperkasa peranan wanita di negeri ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan golongan wanita di negeri ini agar menyokong wanita yang diangkat menjadi pemimpin.

"Cabaran utama yang biasa kita dengar apabila wanita menjadi pemimpin, ramai yang tidak percaya kebolehan wanita biarpun kelayakan mereka setara atau lebih daripada lelaki," katanya.