2 rentung lori kontena terbakar, kesesakan lebih 10km

Iklan
Keadaan lori kontena yang terbakar di KM 259.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan. - Foto ihsan bomba Gambar kanan: Bomba memadam kebakaran lori kontena. - Foto ihsan bomba

SEREMBAN - Dua maut dalam kebakaran sebuah lori kontena di Kilometer 259.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Port Dickson di sini pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 8.42 pagi itu telah mengakibatkan kesesakan lebih 10 kilometer berikutan semua empat lorong jalan terpaksa ditutup.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian jam 8.42 pagi.

"Sebaik sampai di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori kontena yang membawa muatan barang lusuh dan plastik.

Iklan

"Api dipercayai bermula dari bahagian kepala lori yang telah musnah 100 peratus dan terdapat dua mangsa di dalam kenderaan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, identiti dan jantina mangsa masih tidak dapat dipastikan kerana telah terbakar 90 peratus.

Iklan

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) untuk tindakan lanjut dan bomba masih berada di lokasi untuk kerja-kerja pembersihan dan pemantauan.

"Laluan empat lorong yang telah ditutup sebelum ini telah pun dibuka kepada dua lorong," katanya.