Korea Selatan mansuh pemakaian pelitup muka dalam bangunan

Iklan
Korea Selatan tarik balik syarat pemakaian pelitup muka di dalam bangunan mulai 30 Januari. - Foto AFP

SEOUL - Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo pada Jumaat berkata, Korea Selatan merancang menarik balik syarat pemakaian pelitup muka di kebanyakan ruang dalaman mulai 30 Januari selain menamatkan sekatan pandemik terakhirnya susulan trend penurunan berterusan kes harian.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di hospital, farmasi dan pengangkutan awam masih dikekalkan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Iklan
Iklan

Kerajaan sebelum ini berkata, pembatalan syarat pemakaian pelitup muka di ruang dalaman akan dibuat secara berperingkat sekiranya dua daripada empat kriteria dipenuhi iaitu trend penurunan jangkitan baharu, penurunan kes sakit kritikal dan kematian, keupayaan tindak balas perubatan yang baik serta kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.

"Kerajaan akan membincangkan dan mengesahkan rancangan untuk meringankan syarat pemakaian pelitup muka mulai 30 Januari kecuali di beberapa kemudahan," kata Han semasa mesyuarat tindak balas virus kerajaan.

Iklan

Beliau berkata, tiga daripada empat kriteria, tidak termasuk kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi telah dipenuhi dan faktor risiko luaran boleh dikawal.

Kerajaan menetapkan tarikh untuk perubahan dasar itu memandangkan acara pejumpaan akan meningkat semasa cuti Tahun Baharu, kata Han.

Iklan

Perdana Menteri menggesa pihak berkuasa tempatan untuk terus berwaspada terhadap lonjakan sementara jangkitan berikutan cuti dan perubahan dalam dasar pemakaian pelitup muka.

Beliau juga menggesa warga emas mendapatkan vaksin. - Bernama