Beri alasan 'hilang' sebab nak tenangkan fikiran

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang dilaporkan hilang selepas solat Jumaat pada 13 Januari lalu telah dijumpai selamat di stesen bas Larkin, Johor Bahru pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata ayah kepada Mohd Irfan Hakimi telah menjumpai anaknya itu pada jam 5 petang dan dibawa pulang oleh ahli keluarganya ke Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Iklan
Iklan

"Dipercayai alasan Mohd Irfan Hakimi adalah untuk menenangkan fikiran kerana dia menghadapi peperiksaan, difahamkan pelajar itu ingin pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menaiki bas dari stesen bas berkenaan.

"Laporan polis juga telah dibuat oleh ayahnya di Balai Polis Pelabuhan Klang," ujarnya.

Iklan

Pada Khamis, media melaporkan pelajar berkenaan dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor.

Anbalagan dilaporkan berkata, orang hilang berkenaan dikesan berada di negeri itu berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.

Iklan

Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran, pelajar berkenaan dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.

Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya yang ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan pada Khamis.