Pengusaha premis penginapan perlu daftar PPP - MOTAC

Iklan
Pengusaha rumah inap desa perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Semua pengusaha premis penginapan berlesen di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong (PPP) bagi mengawal pertambahan rumah kediaman yang dijadikan rumah penginapan atau inap desa.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pendaftaran itu juga membolehkan pengusaha mematuhi syarat yang dikenakan dan mengelak sebarang aduan daripada pengguna.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelaksanaan itu turut bertujuan mengelakkan premis penginapan pelancongan dijadikan tempat transit kepada penjenayah berikutan ia tidak mempunyai sebarang maklumat keluar masuk pelancong seperti hotel.

"Merujuk kepada statistik MOTAC, hanya 4,771 premis telah berdaftar sebagai PPP sedangkan masih banyak premis penginapan berlesen dan beroperasi di seluruh negara belum memohon pendaftaran di bawah kementerian ini.

Iklan

"Pendaftaran di bawah MOTAC adalah mandatori seperti ketetapan Akta 482. Oleh itu, semua premis penginapan ini digalakkan mendaftar sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan diambil pada masa akan datang.

"Pendaftaran tersebut boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan (TOURLIST) atau www.tourlist.gov.my,” katanya.

Iklan

MOTAC turut mengingatkan, semua premis penginapan yang telah mendaftar sebagai PPP dan memenuhi syarat penggredan diminta untuk mengemukakan permohonan penggredan kepada Pejabat MOTAC Negeri berkenaan.

Ujarnya, pelbagai insentif akan dapat dinikmati oleh premis yang telah diberikan penggredan oleh MOTAC, antaranya pengambilan pegawai dagang atau pekerja asing dan insentif cukai daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

"Selain itu, insentif lain termasuk bantuan kewangan daripada kerajaan dari semasa ke semasa dan juga bantu mempromosikan premis sama ada di dalam atau di luar negara.

"Garis Panduan Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong, Garis Panduan Penggredan Premis Penginapan Pelancong dan Kriteria Penggredan boleh dirujuk dalam laman sesawang MOTAC,” jelasnya.