PLUS tambah kemudahan bayaran tanpa tunai di R&R

Iklan
Pengguna Lebuhraya PLUS berpeluang meraih pelbagai ganjaran tambahan melalui pembayaran tanpa tunai di R&R PLUS.

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menambah kemudahan pembayaran tanpa tunai di sebahagian kawasan rehat dan rawat (R&R) kepada pengguna lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew berkata, lebih dari 300 gerai yang beroperasi di R&R PLUS kini telah menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad debit, kad kredit dan aplikasi e-pembayaran seperti GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, MAE, Setel, ShopeePay dan MPay.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menerima selain menggunakan pembayaran tanpa tunai.

"Sejak setahun lalu, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost dan ShopeePay merupakan antara rakan kongsi PLUS yang terawal menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna di R&R.

Iklan
Kemudahan pembayaran tanpa tunai yang disediakan di salah satu R&R PLUS.

"Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai pengguna lebuh raya untuk mengamalkan pembayaran tanpa tunai di R&R PLUS, MyDebit telah melancarkan peraduan 'Wave & Menang' bermula sejak 1 Disember 2022 sehingga 28 Februari ini.

"Ini membolehkan pengguna PLUS berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM70,000 dengan hanya perlu berbelanja minimum RM5 menggunakan kad debit mereka,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Christine berkata, Setel turut menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna di R&R yang berbelanja minimum sebanyak RM5 selain memperoleh RM2 pulangan tunai dari 16 Januari hingga 28 Februari ini.

"Setel juga memberikan pulangan tunai sebanyak RM5 kepada orang ramai yang menambah nilai minimum RM50 pada akaun Setel mereka.

"Pelbagai promosi dan aktiviti akan dijalankan pada tahun 2023 bersama rakan kongsi pembayaran lain seperti MAE, Visa dan Mastercard untuk memberikan pengalaman pembayaran tanpa tunai yang bermanfaat kepada semua pengguna lebuh raya," ujarnya.