Anak PM, Nurul Ilham jadi mangsa buli jalan raya

Iklan
Pemandu sebuah kenderaan jenama Proton yang didakwa telah beberapa kali menekan brek ketika berada di lorong laju (kanan). - Foto: Twitter Nurul Ilham Anwar

SHAH ALAM - Anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar pada Jumaat mendakwa beliau telah menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.

Beliau yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Berdasarkan perkongsian video berdurasi 14 saat itu, pemandu sebuah kenderaan jenama Proton telah beberapa kali menekan brek di lorong laju.

Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan.

Iklan

"Sangat berbahaya dan saya mempunyai anak yang berumur 2 tahun bersama saya. Berada di sana selama satu minit sebelum dia bertukar ke lorong seterusnya,” katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut dikesan bermula dari sebuah plaza tol apabila pemandu kereta terbabit telah membunyikan hon ke arah kenderaannya.

Iklan

"Mula-mula nampak kereta ini dekat pintu tol apabila dia membunyikan hon ke arah saya untuk menuju ke lorong Touch N Go.

"Saya telah memberi isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat untuk dia pergi ke kanan (ke arah lorong Smart Tag). Rasanya dia marah tentang itu,” jelasnya.