REMBAU – Ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 242.6 Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) arah utara di sini pada Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.