Tak setuju bapa jadi wali di luar negara dilabel komplot

Iklan
Suzana Ghazali

SHAH ALAM - Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak bahawa bapa atau wakil kepada bakal isteri kedua yang menjadi wali apabila bernikah di luar negara sebagai komplot.

Menurutnya, tindakan bapa yang mengikuti anaknya untuk bernikah di negara luar itu menunjukkan beliau seorang yang bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Borak Bibir Merah bertajuk 'Manisnya Hidup Bermadu...' yang disiarkan di semua platform Sinarplus pada Jumaat.

Turut menjadi panel, Pengarah Eksekutif Manara Rezeki Sdn Bhd, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan program dikendalikan oleh Fiza Saad.

Iklan

Tambah Suzana, sekiranya seseorang bapa itu tidak mengikuti anaknya, dikhuatiri apa-apa yang berlaku selepas itu akan menjadi beban padanya.

"Kalau ambil kira contoh dia tidak ikut, anaknya nanti pergi ke mana, apa suami dia nanti buat, (dikhuatiri) nanti apabila anak itu balik akan menjadi beban.

Iklan

"Tetapi dia sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab atau sesesiapa yang mengikuti, ia adalah untuk menjaga kebajikan wanita yang akan berkahwin itu. Ikut hukum syariat sudah berlaku dengan baik," jelasnya.