SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.
Khairy yang juga Bekas Menteri Kesihatan berkata, tindakan yang diambil ahli UMNO dari Kuala Terengganu dan Seremban itu menunjukkan masih ada individu yang berani dan waras dalam UMNO.