PEMENANG pingat emas Olimpik Tokyo, Chen Yu Fei dari China menarik diri daripada kejohanan badminton Terbuka India kerana sakit.
Pertembungan suku akhir beliau dijadualkan menentang pemain dari Thailand Supanida Katethong.
Masalah kesihatan dan kecergasan membelenggu beberapa pemain pada acara di New Delhi yang berlangsung dari 17 hingga 22 Januari itu.
Pemain perseorangan profesional Malaysia, Liew Daren terpaksa menarik diri daripada perlawanan menentang Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark pada Rabu susulan kecederaan yang dialaminya.
Pada Khamis, beregu India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pula menarik diri pada pertemuan dengan gandingan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi selepas Rankireddy mengalami kecederaan pinggul.
Dalam pusingan suku akhir pada Jumaat, Akane Yamaguchi dari Jepun menewaskan pemain Sepanyol Carolina Marin 21-17, 14-21, 21-9 pada aksi selama satu jam empat minit. - Bernama