Tidur di Parlimen hingga Presiden baharu Lubnan dilantik

Iklan
Khaladf (kiri) dan Saliba yang bermalam di Parlimen sejak Khamis. - Foto: Agensi

BEIRUT - Dua anggota bebas di Lubnan dilaporkan bermalam di Parlimen untuk mendesak pemilihan Presiden baharu di tengah-tengah kebuntuan politik dan krisis ekonomi yang semakin meruncing di negara itu.

"Kami nekad tidur di sini dan berharap ia dapat membawa harapan baharu kepada Beirut," kata Najat Saliba menerusi rakaman video di media sosial pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pada malam sebelum itu, rakannya, Melhem Khalaf juga berkata, adalah amat penting untuk melantik Presiden yang boleh menyelamatkan Lubnan.

Beberapa anggota bebas lain yang melawat rakan mereka turut berkongsi gambar duo itu duduk di dalam gelap dan hanya diterangi cahaya telefon bimbit selepas negara itu kini berdepan pemotongan bekalan elektrik yang kronik sehingga 23 jam sehari.

Iklan

Difahamkan, negara itu tidak mempunyai Presiden sejak Michel Aoun meninggalkan pejabat pada akhir Oktober lalu dan kerajaan kini berfungsi dalam kapasiti sementara.

Ketika ini, nilai mata wang pound dilaporkan menjunam ke paras terendah baharu berbanding dolar AS selepas Parlimen gagal mencapai kesepakatan buat kali ke-11 untuk memilih pengganti Aoun.

Iklan

Pemilihan Aoun pada 2016 dibuat selepas 'kekosongan' selama lebih dua tahun setelah ahli Parlimen gagal sebanyak 45 kali untuk melantik Presiden. - AFP