Kongsi keceriaan sambutan Tahun Baharu Cina

Iklan
Zeon Cheong (lima dari kiri) menyerahkan bakul makanan kepada Bernard Cheen sebagai simbolik penyerahan.

BUKIT MERTAJAM - Kegembiraan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dikongsi bersama 100 keluarga memerlukan melalui program bantuan bakul makanan yang dianjurkan Lion Club Cawangan Prai.

Pengerusi penganjur, Zeon Cheong Sze Keat berkata, program itu dianjurkan bagi menyantuni mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitar kawasan Bukit Mertajam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program julung kali diadakan dengan kerjasama JCI Penang dan beberapa syarikat korporat itu diinspirasikan melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan.

"Walaupun sumbangan diberikan tidak seberapa, kami berharap ia dapat meringankan beban sekali gus dapat memberikan senyuman kepada mereka," katanya ketika menyerahkan bakul makanan terbabit kepada Pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, baru-baru ini.

Zeon Cheong (kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada wakil penerima.

Iklan

Hadir sama, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Bernard Cheen yang mewakili Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Sementara itu, Zeon Cheong berkata, pihaknya berhasrat untuk meneruskan program berkenaan pada Hari Raya Aidilfitri akan datang dengan menambah jumlah penerima bantuan di negeri ini.

Iklan