Nasib malang menimpa Juventus

Iklan
Juventus kini berada di kedudukan ke-10 Serie A.

MALANG menimpa pasukan gergasi Itali, Juventus apabila dipotong 15 mata susulan melanggar peraturan perpindahan pemain beberapa musim yang lalu.

Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengesahkan perkara itu pada Jumaat, dengan bekas pengarah kelab itu, Fabio Paratici dikenakan penggantungan selama dua setengah tahun daripada aktiviti bola sepak Itali.

Iklan
Iklan

Bekas pengerusi Juventus, Andrea Agnelli juga telah dilarang daripada memegang jawatan dalam bola sepak Itali untuk dua tahun akan datang.

Bianconeri yang berada di tempat ketiga dalam Serie A, telah jatuh ke tangga ke-10 – 12 mata di belakang kedudukan empat pasukan terbaik.

Iklan

Bagaimanapun, Juventus akan membuat bantahan terhadap hukuman tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil kepada pasukan.

"Kami sedang menunggu untuk membaca dengan teliti alasan untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun, setakat ini hanya Juventus dan pengurusnya dikaitkan dengan pelanggaran peraturan.

Iklan

"Kami percaya bahawa ini adalah ketidakadilan yang jelas terhadap berjuta-juta peminat dan kami percaya keputusan ini akan dibetulkan dalam peringkat penghakiman seterusnya," kata kelab itu dalam satu kenyataan.