Amaran ribut petir di 6 negeri, Wilayah Persekutuan

Iklan
MetMalaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga jam 1 tengah hari ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga jam 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan 9.45 pagi Sabtu memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

Iklan
Iklan

Selain itu, amaran itu juga dikeluarkan untuk kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremban dan Jempol serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. - Bernama

Iklan

Iklan