DAVOS (Switzerland) - Selepas hampir sedekad sejak rundingan ditangguhkan secara rasminya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang menilai semula perjanjian perdagangan bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (EU).
"EU berminat untuk menyambung semula rundingan. Kami terbuka. Kami perlu melihat semula perbincangan sebelum ini. Kami sedang membuat semakan dan menilai situasi,” kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz apabila ditanya sama ada Malaysia akan melaksanakan semula rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA).