Nasib pemain Melaka, Sarawak United perlu dibela

Iklan
Brendan Gan FOTO: Bernama

KAPTEN Harimau Malaya, Brendan Gan mengharapkan isu tunggakan gaji yang sedang membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United dapat diselesaikan.

Menurutnya, dia sedih dengan apa yang berlaku kepada pemain kedua-dua pasukan itu apatah lagi mereka perlu menyara keluarga dan komitmen lain yang perlu dibayar.

Iklan
Iklan

"Ia sesuatu yang bagus untuk berada dalam pasukan mempunyai kewangan stabil. Sangat sedih untuk pemain (Melaka United dan Sarawak United) yang berada dalam situasi tersebut kerana mereka ada keluarga dan bil untuk dibayar sama seperti orang lain.

Brendan berkata, dia bersyukur mendapat majikan seperti Selangor FC yang tidak akan membenarkan sama sekali perkara tersebut berlaku dalam pasukan.

Iklan

"Bagi kami pula, sangat bagus untuk memiliki pengurusan yang sentiasa memastikan kebajikan pemain. Ia salah satu perkara positif untuk berada dalam kelab ini," katanya.

Isu tunggakan gaji terus membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United apabila PFAM mendedahkan lebih RM2.7 juta gaji yang belum dibayar oleh kedua-dua pasukan itu kepada pemain mereka.

Iklan

Ia membabitkan RM2.3 juta oleh Melaka United dan lebih RM400,000 kepada pemain Sarawak United bagi tempoh enam bulan bermula Julai sehingga Disember tahun lalu.

PFAM turut menegaskan akan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan untuk memastikan pemain mendapat pembelaan dan hak mereka.