Lebih 100 kenderaan guna lorong kecemasan dalam tempoh 4 jam

Iklan
Lebih 100 kenderaan dikesan memandu di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Johor Bahru ke Putrajaya. - Foto Facebook JPJ

KUALA LUMPUR - Lebih 100 kenderaan dikesan dan dirakam melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Johor Bahru ke Putrajaya dari 10 pagi hingga 2 petang tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya pada Sabu memaklumkan kesalahan itu dikesan melalui operasi pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di lebuh raya berkenaan.

Iklan
Iklan

"JPJ ingin menegaskan bahawa kesalahan itu adalah antara tujuh kesalahan tidak boleh dikompaun dan akan terus didakwa ke mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Tujuh kesalahan itu ialah memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

Iklan

JPJ meminta orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya kesesakan dan menjadi punca kemalangan maut di jalan raya.

Sebarang aduan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui menu e-Aduan@jpj menerusi Aplikasi MyJPJ atau aduan e-mel JPJ aduantrafik@jpj.gov.my. - Bernama

Iklan