Agong, Raja Permaisuri santuni rakyat Pulau Langkawi

Iklan
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah dan paduka-paduka anakanda Seri Paduka berkenan mengunjungi beberapa tempat di Pulau Langkawi, Kedah. - Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Sabtu berkenan berangkat menyantuni rakyat dan mengunjungi beberapa tempat di Pulau Langkawi, Kedah.

Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda Seri Paduka berdua.

Iklan
Iklan

"Antara tempat yang dikunjungi Baginda berdua ialah Jeti Kubang Badak, Kampung Belanga Pecah dan Kampung Jalan Baru Teluk Baru. Baginda turut berkenan mengunjungi gerai Peneram Kak Yan di Kampung Kuala Melaka,” menurut catatan itu.

Selain menikmati santapan petang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan beramah mesra dengan pengunjung gerai dan orang ramai. - Bernama

Iklan

Iklan