Air India didenda biar lelaki mabuk kencing merata-rata

Iklan
Seorang juruterbang Syarikat Air India didenda kerana gagal menghalang lelaki mabuk kencing dalam kabin pesawat. - AFP

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

NEW DELHI - Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) India mengenakan denda sebanyak AS$37,000 (RM158,000) terhadap syarikat penerbangan Air India selepas gagal menghalang tindakan seorang lelaki mabuk yang sengaja kencing merata-rata dalam kabin pesawat sehingga terkena penumpang wanita.

Menurut pengawal selia penerbangan itu, Air India didenda kerana melanggar peraturan dan DGCA menggantung lesen juruterbang selama tiga bulan kerana gagal mengekang insiden tersebut.

Iklan
Iklan

Difahamkan semasa kejadian berlaku, kru didapati tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mangsa mengadu telah terkena air kencing lelaki tersebut.

Kejadian terbongkar selepas seorang wanita mengadu kepada Pengerusi Kumpulan Tata, Natarajan Chandrasekaran dan tindakan segera diambil sehingga suspek berjaya ditahan di bandar Bengaluru pada 7 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, pengarah perkhidmatan dalam syarikat tersebut turut didenda sebanyak AS$3,700 (RM15,800) berhubung insiden sama. - Agensi